Bunga dip elegan rekaan eksklusif. Pasti menggamit pandangan mata yang memandang. Bunga hasil kerja tangan lebih dihargai kerana mempunyai nilai sentimental..selain tahan lama dan tidak luntur warnanya. Bunga hiasan, bunga telur, bunga dulang, hadiah, cenderahati

TERBARU DARIPADA KRAFBUNGA!!

TERBARU DARIPADA KRAFBUNGA!!

Jan 9, 2009

About Me

Alhamdulillah... skrg dah setahun stgh sejak saya mula mengambil tempahan bunga telur,
saya berhasil memuatkan semua yang saya usahakan dalam satu web.
Saya namakan Krafbunga. Sebab? Oh tentulah ianya ada kaitan dengan hobi saya – Kraf; membuat kraftangan adalah hobi yang menceriakan hati saya. Bunga adalah sebahagian bidang saya – Arkitek Landskap.
Simple dan senang ingat website saya – Krafbunga.blogspot
Saya suka melakukan kerja2 kreatif, design, hiasan, barang buat sendiri bla bla...
barang hasil kerjatangan sendiri bg saya ada kesan 'sentuhan istimewa', kesan tersendiri dan
memang mendapat kepuasan apabila melihatnya. Dan yang pastinya lebih dihargai...tak gitu?
dan atas sebab KREATIF saya mahu mengekspresikan apa yang saya ada untuk anda. kalau boleh jika anda ada idea, ckp je kat saya. Saya akan bantu ada mengeluarkan output hehe...
Kenapa bunga telur? Percubaan pertama menerima tempahan menjadi, dari situlah saya bermula... Lagipun bunga telur boleh digubah mengikut ilham imaginasi dan ditambah pelbagai aksesori untuk menjadikannya unik. Bunga telur kalau digubah sendiri pasti nampak cantik, unik dan ada tema, pasti ada yang memuji majlis anda...
Tak sempat nak buat sendiri? Saya boleh buatkan!
Sekarang saya menjalankan bisnes ni kat rumah saya di Perlis. Jika anda yg duk area Perlis & Kedah, jemputlah datang ke rumah tengok sample…
Bagi yang jauh, boleh juga order sample ikut color pilihan anda. Bergantung kepada stock available.
Saya menyediakan penghantaran ke seluruh Malaysia, Singapura & Brunei. Kadarnya bergantung kepada khidmat penghantaran pos sama ada pos Malaysia ataupun pos swasta.
Sekian,
Happy Crafting!
Nurul