Bunga dip elegan rekaan eksklusif. Pasti menggamit pandangan mata yang memandang. Bunga hasil kerja tangan lebih dihargai kerana mempunyai nilai sentimental..selain tahan lama dan tidak luntur warnanya. Bunga hiasan, bunga telur, bunga dulang, hadiah, cenderahati

TERBARU DARIPADA KRAFBUNGA!!

TERBARU DARIPADA KRAFBUNGA!!

Jan 11, 2009

Pertanyaan Lazim

Berapa harga bunga telur?
Harga bunga telur boleh bertanyakan kepada saya melalui email ataupun sms.

Apakah custom-made?
Maksudnya dibuat mengikut citarasa tempahan individu = made-to-order

Boleh campur-campur jenis bunga?

Boleh. Satu set 50 pcs untuk satu jenis bunga. Contohnya jika anda order 100 pcs, anda boleh buat 50 bunga A 50 bunga B. Jika 200 pcs, boleh buat 100 pcs bunga A, 100 pcs bunga B.

Berapa minimum bunga telur untuk di order?

Minimum ialah 100 pcs utk bunga telur Simple.

Bila saya perlu buat tempahan?Lagi awal lagi bagus! Paling lewat sebulan sebelum tarikh majlis.

Macam mana nak tempah?

Sila rujuk Order Info. Hanya tempahan yang menggunakan borang order yang disediakan sahaja akan dilayan.

Boleh saya order melalui phone?
Untuk mengelakkan kekeliruan, hanya tempahan melalui email sahaja diterima untuk mengelakkan kekeliruan.

Ada buat delivery? Berapa rate? Atau kalau nak self pick-up macam mana?
Buat masa ini belum ada self pick-up. Semua urusan penghantaran adalah melalui pos kurier skynet. Kos pengeposan adalah bergantung kpd besar kotak. Menggunakan khidmat kurier Skynet yakin selamat dan cepat sampai (sampai esok).

Berapakah jumlah masa saya perlu menunggu order saya siap?
Paling cepat 2 minggu (jika tiada masalah). Paling lambat sebulan (dari anda bayar deposit sehingga masa penghantaran ke rumah anda). Ini kerana order adalah custom-made. Bagi item ‘Available Now’ mengambil masa 7 hari bergantung kepada stok & warna tempahan.

Bila saya perlu bayar?
Bayaran deposit 50% dari jumlah costing selepas tempahan anda diterima. Email/sms saya apabila anda telah bank-in beserta dengan no. resit, tarikh & masa bank-in. Order anda akan dibuat selepas menerima deposit. Tempahan dibuat dalam masa 2-3 minggu. Bayaran penuh adalah sebelum penghantaran dilakukan, saya akan maklumkan setelah siap.

Macam mana nak bayar?
Buat masa sekarang pembayaran hanya boleh dibuat ke akaun saya iaitu akaun CIMB dan Maybank.

Jika saya dah buat bayaran deposit tapi nak tambah kuantiti tempahan, bagaimana pula?Mestilah boleh. Tak perlu penambahan deposit, baki bayaran dijelaskan apabila bunga telur siap.

Bagaimana jika saya hendak membatalkan tempahan?
Boleh, DUA MINGGU sebelum majlis.
Deposit 50% TIDAK AKAN dipulangkan sekiranya membatalkan tempahan dua minggu sebelum majlis.

Kalau ada sebarang kemusykilan, sudikan email/sms/call saya di

atau 0125900182 (nurul). Terima kasih.