Bunga dip elegan rekaan eksklusif. Pasti menggamit pandangan mata yang memandang. Bunga hasil kerja tangan lebih dihargai kerana mempunyai nilai sentimental..selain tahan lama dan tidak luntur warnanya. Bunga hiasan, bunga telur, bunga dulang, hadiah, cenderahati

TERBARU DARIPADA KRAFBUNGA!!

TERBARU DARIPADA KRAFBUNGA!!

Perihal bunga dip

Penggunaan bunga dip sebagai hiasan hantaran merupakan pilihan popular hari ini. Kemewahan jelas terserlah dengan seri kilauan bunga dip pada hantaran. Bunga dip mempunyai kelebihan tahan lama selain warna tidak luntur biarpun di bawah sinaran mentari, Dibandingkan bunga dip dengan fresh flowers harga pun lebih kurang sama...
Dalam photo shoot juga nampak cantik...


Harga bunga dip mahal?

Ramai yg berminat dgn bunga dip. Namun, rata-rata masih ramai yg tidak tahu akan kesulitan membuat bunga dip. Jika ditanya tentang harga bunga dip, pasti yg ramai juga menelan air liur. Pembuatan bunga dip melalui byk proses..daripada bancuhan, pembuatan rangka, proses celupan, pengeringan, pencantuman dan proses mengkristalkan bunga. Bahan membuat bunga dip juga mahal cthnya harga dip sebotol shj dr rm16-rm20! Harga tinner shj 1liter RM90, kristal 1kg Rm95, rainbow dust dll..

Belum lagi harga dawai, harga manik, harga riben, workmanship, dan arrangement.

Justeru itu, bagi mereka yg mungkin pernah membuat bunga dip ini tahu akan kesulitannya. Memang memenatkan. Orang yg membeli memang akan cakap mahal sbb mereka tidak menjalani proses membuat yg rumit. Walaupun mahal, bukanlah bererti harganya tidak boleh dirunding sedikitpun.. boleh asalkan ada kemahuan nak tempah :)

-artikel diambil dari FieyzaHantaran